Seminar Kebangsaan Jenayah Sosial Kanak-Kanak

Seminar Kebangsaan Jenayah Sosial Kanak-Kanak

Friday, February 24, 2017

Siapa mereka yang dikatakan "dulu dia kata" dan MB angkuh?

|0 comments

Video pun ada:


My guess is "Mukhriz's father".
---
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyindir keras sikap seorang pemimpin, 

Tanya menyebut nama, baginda menyindir mungkin “orang luar” ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu.

“Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa, namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

“Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat, tapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat.

“Dulu dia kata media barat suka buat cerita, tapi sekarang, cerita media barat dikatanya fakta.

Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda.

Bertitah ketika merasmikan Galeri Darurat bukit kepong di Muar pagi ini, Sultan Ibrahim menasihatkan “orang luar” itu supaya tidak masuk campur hal orang lain.

“Nasihat saya kepada dia, cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam, bukan boleh siang berterusan.

“Jangan sibuk jaga tepi kain orang, lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak. Atau orang kata the best business you can have today is mind you own business,” titah baginda.
----
Sementara itu: dua bekas MB kena:

Wednesday, February 22, 2017

Cukuplah main sentimen! Suruh Mokzani ambilalih Proton!

|0 comments

Mahathir masih bersemangat mahu pertahankan Proton tapi dia juga yang jahanamkan Proton untuk kaum keluarganya khendurikan.

Baca LSS menjawab:

http://snapshot2016.blogspot.com/2017/02/proton-simbol-legasi-korup-dan.html 

Setelah gagal berhujah untuk pertahankan Proton supaya diurus mengikut acuan pengurusan dan kroni Mahathir, kini dia bermain sentimen pula:



Sebenarnya
Mahathir gagal:


Sebagai seorang pemerhati industri automotif, kami berasa agak kecewa apabila DRB-Hicom gagal menghasilkan satu rancangan perniagaan ataupun rancangan model masa depan ataupun peta teknologi walaupun sudah lama memiliki Proton.

Penghasilan rancangan terperinci ini ialah antara kunci penting untuk memastikan Proton terus relevan dan tidak menjadi mangsa pasaran dan ditelah oleh pesaing. Rancangan terperinci ini mungkin melibatkan pencarian rakan strategik yang mungkin mahukan ekuiti dalam syarikat, samada sebagai pemilik majoriti ataupun pemilik signifikan yang diberi kuasa pengurusan.

Baca analisa penganalisa otomobil yang pro Mahathir tapi telah serlahkan kegagalan Mahathir sebagai Chairman yang kuat masuk campur hal pengusan Proton:

http://www.funtasticko.net/proton-pasca-tun-mahathir-selamatkan-atau-jual-apa-nasib-proton-selepas-ini/

Tuesday, February 21, 2017

Kit Siang pemimpin Pakatan, Mahathir sembah untuk kuasa

|0 comments





Maknanya:




Jika demikian, Mahathir akui LKS adalah TPM. Maknanya ...

Mukhriz hanya boneka untuk Mahathir lemahkan Melayu
http://snapshot2016.blogspot.com/2017/02/mukhriz-hanya-boneka-untuk-mahathir.html



Monday, February 20, 2017

Ku Nan perlu pecat Zahrin dan Zam, Tarik balik gelaran!

|0 comments









Menurut Dato Huan heng Guan








Dah satu lagi si Zahrin Yassin ...






Baca seterusnya di Snapshot 2016

http://snapshot2016.blogspot.com/2017/02/zahrin-elok-ikut-mahathir-dan-azmin.html

Sunday, February 19, 2017

Kalau benar rakyat tolak RUU 355, kenapa cuma 200?

|0 comments

Kalau benar rakyat tolak RUU 355, kenapa hanya 200 saja yang Malaysiakini lapor berkumpul di PJ?

Dah spin tambah bilangan kot?

http://theflyingkick.blogspot.sg/2017/02/syaitan-syaitan-berhimpun-di-taman-jaya.html

Berkumpul tu pun lebih media dari penggiat dan penyokong. Perhimpunan itu hanya mereka yang syok sendiri cakap sesama sendiri!

Banding dengan berikut:




Bukan setakat PAS tapi NGO-NGO Islam dan orang ramai sama berkumpul.

Jangan di dengar Melayu yang sesat-sesat seperti Siti Kasssim, Zaid Ibrahim dan Azrul Khalid.

http://snapshot2016.blogspot.com/2017/02/melayu-sesat-bukan-faham-ruu-335.html

Sila fahamkan RUU ini apa sebelum komen!
MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355

Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin2 Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi (Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI



Saturday, February 18, 2017

RUU 355 serupa ujian Puteri Gunong Ledang pada pelamar

|0 comments

Hari ini, perhimpunan 355.

Jadual boleh diperolehi di Snapshoot 2016.

Ia bermula lepas zohor hingga 11 malam.

PAS sedang menentukan siapa parti yang mereka ingin adakan gabungan pada pilihanraya umum akan datang. Setakat ini, UMNO bukan sebab calun-calun PAS hanya bertanding menentang UMNO.





DAP dan PAN pasti bukan. Malah PAS jelas sesiapa yang bersama mereka, PAS tidak akan bergabung:




Yang nak melamar adalah Bersatu



Mahathir nampaknya terdesak dan mahukan dAP sangat


PPBM enggan ketepikan DAP
http://www.utusan.com.my/berita/politik/ppbm-enggan-ketepikan-dap-1.444441


Manakala itu,

PKR TENTANG HABIS-HABISAN HIMPUNAN RUU355 ESOK KERANA BIMBANG TIDAK DAPAT UNDI BUKAN ISLAM!!! 

http://theflyingkick.blogspot.my/2017/02/pkr-tentang-habis-habisan-himpunan.html?m=1 

fda

Archives