Thursday, November 9, 2017

Helah punya helah, akhirnya Shafie Apdal TERNGAKU


Sebaik Dato Seri Shafie Apdal keluar reman, tak henti2 dia kata dia tak bersalah dan ini semua konspirasi politik.

Dia juga tuduh Tan Sri Musa Aman macam2 tapi bukti ellek ... pocik ..  takde!

Tiba2 kena lagi perihal  Peter Anthony, proksi utama DSSA.




PROJEK RM43 JUTA 'TIPU UMS' PETER ANTHONY DIBUKA SEMULA, SHAFIE APDAL KE SPRM LAGI!

Gara-gara projek Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan di UMS berhubung surat dan tuntutan palsu RM43 juta Shafie Apdal dipanggil semula SPRM. Shafie sebagai Menteri KKLW menyokong projek tipu Peter Anthony itu. Kes ini pernah menjadi isu pada tahun 2012 malah kes perbalahan komisen projek UMS juga pernah dibawa ke mahkamah pada tahun September 2015. Siapa 2 pegawai UMS bersekongkol dengan Peter Anthony?

Selanjutnya ..
https://captainmgs.blogspot.ca/2017/11/projek-rm43-juta-tipu-ums-peter-anthony.html

Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek

http://sabahkini2.com/en/news/144/shafie-apdal-dedah-syarikat-projek-kklw-yang-adiknya-terima-rasuah-projek/view


Dia hujah pula kata:



Tapi ...


Shafie cuba timbulkan isu TAPI TERDEDAH SALAHLAKU DIA SENDIRI!!!!


Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek

http://sabahkini2.com/en/news/144/shafie-apdal-dedah-syarikat-projek-kklw-yang-adiknya-terima-rasuah-projek/view


Loji Air Sungai Intan Vs Loji Air Sungai Kelumpang

1.  Loji Air Sungai Intan (LASI) bernilai RM48juta berkapasti 6MLD (million liter per day), manakala Loji Air Sungai Kelumpang (LASK) bernilai RM150juta berkapasiti 30MLD.

2.  LASI dilaksanakan oleh KKLW, manakala LASK oleh kerajaan negeri.

3.  Kenyataan Datuk Shafie Apdal di Parlimen pada Isnin di  Dewan Rakyat, bahawa LASI dilaksanakan adalah kolaborasi dengan kerajaan negeri.  Selain itu projek itu diberikan secara  tender terbuka.

4.  Menurut Shafie, projek air sungai Intan terbahagi kepada dua peringkat, peringkat pertama membina loji dan peringkat kedua mendalamkan sungai Intan.

5.  Untuk fasa pertama, iaitu LASI, dilaksanakan oleh Wilayah Kaya Sdn Bhd, menurut Datuk Shafie, syarikat milik “anak buah” Tan Sri Musa Aman.

6.  Berkaitan dakwaan, kononnya LASI adalah gajah putih, MP Semporna itu merujuk, bahwa Konsultan kepada pembinaan loji itu adalah Shahelmey dan Kawan-Kawan.

7.  Jika benarlah bahwa loji itu gajah putih, mengapa konsultan kepada syarikat itu dilantik sebagai CEO Pan Borneo Sdn Bhd, syarikat yang mengurus pembinaan lebuh raya Pan Borneo yang menghubungkan semua pekan di Sabah dengan kawasan Sarawak?. Menurut  MP Semporna itu, LASI bukanlah gajah putih, akan tetapi tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana ketiadaan sumber air. Makna kata, Shafie telah menjawab sendiri, bahawa kerja konsultan tiada kait mengait dengan tidak beroperasi sepenuhnya loji itu, kerana konsultan hanya bertanggungjawab dengan pembinaan loji itu, bukannya konsultan terhadap projek fasa kedua-iaitu mendalamkan sungai Intan.

8.  Penulis suka merujuk kepada kenyataan MP Semporna itu, bahawa LASI adalah kolaborasi dengan kerajaan negeri. Jika projek itu merupakan kolaborasi atau kerjasama dengan kerajaan negeri, mengapa Kerajaan Negeri membina satu lagi projek loji air di Semporna, yang dinamakan Loji Air Sungai Kelumpang dengan kapasati 30MLD? Mengapa kerajaan negeri, tidak meneruskan fasa atau peringkat kedua projek LASI, iaitu mendalamkan sungai Intan, seperti mana dakwaan Shafie?

9.  Semalam, dalam respon terhadap kenyataan MP Semporna itu di Dewan Rakyat, Tan Sri Musa menerusi kenyataan media mengatakan, bagaimana kerajaan negeri boleh berkolaborasi dengan projek itu, sedangkan beliau tidak tahu menahu mengenainya.

10.  Oleh kerana kerajaan negeri tidak tahu menahu berkaitan projek itu, maka kerajaan negeri memperuntukan RM150juta untuk membina loji air sungai Kelompang. Jika kerajaan negeri tahu berkaitan dengan projek itu, mengapa perlu membelanjakan wang untuk membina loji?

11.  Kenyataan Shafie di Dewan Rakyat hanya satu alibi beliau berkaitan salah laku yang beliau lakukan. Sedangkan alibi itu, tidak terguna pakai, hanya merapu, berbentuk dakwaan, cuba menimbulkan persepsi dan mengaitkan pemimpin negeri.

12.  Kerajaan Negeri, awal-awal lagi, sebelum SPRM melaksanakan siasatan, telah membuat kenyataan, bahawa tidak terlibat dengan sebarang projek KKLW yang dilaksanakan di Sabah bermula daripada tahun 2009-2015.

13.  Telah jelas di Sabah, khususnya berkaitan pembinaan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan kampung, kerapnya berlaku tumpang tindih antara projek kerajaan negeri dan projek-projek KKLW.

14.  Oleh kerana projek KKLW dilaksanakan tidak menjurus kepada kumpulan sasaran, sebab itu, timbulnya pemasangan paip di sesebuah kawasan berkali-kali tetapi tiada air, ada tiang litrik tetapi tiada pendawaian, ada jalan kampung, tetapi tiada penduduk yang menggunakannya.

15.  Mengapa projek-projek paip KKLW tiada air? sebabnya Jabatan air adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. Jika tiada kerja sama dengan kerajaan negeri, sudah tentu paip-paip yang dipasang tidak akan mendapat bekalan air, demikian juga pemasangan tiang-tiang elektrik, jika tiada kerjasama dengan SESB, bagai mana dipasang pendawaian? berkaitan jalan kampung? jika tiada kordinasi dengan Pejabat Daerah, bagai mana mengetahui kampung yang memerlukan jalan kampung?.
16.  SPRM bukanlah agensi bodoh, sanggup membuang masa menyiasat, jika memang tiada yang disiasat. Adalah jelas, memang berlaku penyewelengan, sebabnya, mengapa agensi itu dapat merampas ratusan juta ringgit daripada individu yang disiasat? malah melibatkan pegawai kerajaan. Kalau tiada penyelewengan, bagai mana seorang suri rumah boleh mempunyai wang yang cukup banyak, mempunyai simpanan emas berkilo-kilo, mempunyai bag-bag berjenama?

17.  Shafie, harus menumpukan kepada pembelaan terhadap dirinya. Siasatan telah dibuat, hanya menunggu pendakwaan.

18.  MP Semporna itu, jangan merasa gelabah, jangan merasa takut, ambillah prinsip berani kerana benar takut kerana salah.

19.  Jangan menunjukkan, bahawa diri sudah mahu tenggelam, maka akan mengapai apa sahaja, untuk menyelamatkan diri, termasuk mengaitkan pihak-pihak lain. Perbuatan seumpama itu tidak akan kemana-mana dalam segi undang-undang. Undang-undang bukan berasaskan kepada persepsi atau hearsay, undang-undang berasaskan fakta.

MR
8.11.2017


1 comments:

  • Anonymous says:
    November 9, 2017 at 11:05:00 AM GMT+8

    wow...najib turunkan tandatangan dalam semua persetujuan transaksi 1mdb xnak di siasat lak ye...malah di OSAkn...kakakakakkak...kurrr..kurrr...kurr..

fda

Archives