Monday, February 12, 2018

Depan kelahi, belakang Mahathir kow tim dengan Kuan Yew?



Menjelang Jumaat sebagai musafir di pekan Kluang, Johor...

Aku pernah bertanya, mengapa selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta beberapa jawatan Menteri lain, Mahathir tidak pernah terfikir untuk mengadakan dan mewujudkan sebuah kawasan pemprosesan dan penapisan minyak seperti RAPID Pengerang?


Sedangkan Malaysia seringkali diuwar-uwarkan sebagai negara yang mengeksport minyak. Dan hub minyak di Asia Tenggara pula tidak wujud sebelum Jurong.

Mengapa seseorang yang dikatakan sangat genius dan sanggup membina ego dengan mercutanda-mercutanda yang hanya memberi manfaat kepada beberapa orang kelompok kroninya, langsung tidak terfikir untuk mewujudkan sebuah hub pemprosesan petroleum di rantau sebelah ini, sehinggalah Najib Abdul Razak yang membinanya?

Apa sebenarnya perjanjian Mahathir dengan Lee Kuan Yew bagi membolehkan Jurong menjadi hub ketiga terbesar dunia dan harga petroleum di Malaysia khususnya petrol dan diesel adalah berdasarkan kepada harga di Singapura?

Rosli Md Sah FB

0 comments:

fda

Archives